17 Nov 2018

Penjelasan tentang perkara yang diketengahkan oleh YB Gobind Singh Deo baru-baru ini / clarification on matters highlighted by YB Gobind Singh Deo recently

Penjelasan tentang perkara yang diketengahkan oleh YB Gobind Singh Deo baru-baru ini / clarification on matters highlighted by YB Gobind Singh Deo recently Article Header
Streamyx
Gobind Singh Deo

PENJELASAN TENTANG PERKARA YANG DIKETENGAHKAN OLEH YB GOBIND SINGH DEO BARU-BARU INI

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo ada men gutarakan beberapa isu yang dihadapi pelanggan kami. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh YB menteri dan juga kepada pelanggan yang kami dihargai.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YBM Gobind kerana mengetengahkan isu yang dihadapi oleh para pelanggan kami. Kami di TM sentiasa prihatin dalam mendengar maklum balas daripada para pelanggan kami, serta pihak-pihak berkepentingan dan kami telahpun memberikan kenyataan secara individu di media sosial serta menerusi beberapa kenyataan media; yang terkini pada 16 Oktober (http://bit.ly/TMStatement16Octdi mana kami telah menyatakan butiran perancangan kami dan perkembangannya.

Kami juga sentiasa berhubung dengan para pelanggan Streamyx kami melalui e-mel, panggilan dan SMS untuk memaklumkan mengenai naik taraf percuma terutamanya bagi para pelanggan Streamyx di kawasan unifi, dan bagi yang berada di luar kawasan liputan unifi naik taraf sehingga 8Mpbs atau penyelesaian jalur lebar tanpa wayar 4G LTE.

Kami juga telah menjelaskan berkenaan kekangan rangkaian tembaga dan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan, kementerian, pengawal selia dan pihak berkepentingan lain mengenai cara menangani isu-isu legasi rangkaian tembaga yang dialami oleh pelanggan Streamyx.

TM menghargai kesabaran semua pelanggan kami berkenaan isu ini memandangkan perkara ini memerlukan penyelesaian jangka panjang dan mempunyai implikasi yang perlu diselesaikan di peringkat industri dan nasional.

Akhir sekali, kami akan terus memastikan bahawa pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan sentiasa dimaklumkan dari masa ke semasa tentang perkembangan usaha-usaha kami sama ada menerusi media sosial, media dan interaksi secara peribadi.

CLARIFICATION ON MATTERS HIGHLIGHTED BY YB GOBIND SINGH DEO RECENTLY

Recently, YB Gobind Singh Deo, the Minister of Communication and Multimedia, has highlighted a number of issues faced by our customers. We would like to take the opportunity to clarify on the matters raised by YB minister and to also respond to our valued customers.

We would like to thank YBM Gobind for always bringing the issues faced by our valued customers to our attention. Rest assured TM is always listening to our customers and to our stakeholders and have been responding both individually on social media as well as via several media statements, the latest being 16th Oct (http://bit.ly/TMStatement16Octwhere details of our plans and progress were provided. 

We have continuously been in touch with our streamyx customers also via EDMs, calls and SMS messages to inform them of the free upgrades especially of Streamyx customers in unifi areas and for those not in unifi areas, upgrades up to 8mpbs or wireless broadband LTE 4G solutions. 

We have also explained on the limitations of the current copper network and in this respect have been in ongoing engagement with government, ministry, regulator and other stakeholders on how to solve the legacy copper issues affecting Streamyx customers together.

TM appreciates the patience  and understanding of all our customers as some of these issues need a longer term solution and have implications that need to be solved at an industry and national level. 

Lastly we will continue to ensure that customers and stakeholders are informed of the progress being made on a regular basis whether on social media, media and via direct engagements.

NEWSLETTER

Just drop your details and stay updated with the world of Telekom Malaysia. We promise – no spam!​